Pages

Saturday, February 19, 2011

PILIH KAWAN ANTARA PENGARUH @ TERPENGARUH

Pengaruh insan bergelar teman, sahabat, rakan @ geng bagi diri remaja itu dilihat menjadi penentu, ke mana hala tuju remaja hari ini untuk mrnghadapi kehidupan yang semakin hari semakin mencabar

BIJAK MEMILIH KAWAN

Memiliki ramai kawan menjadikan kehidupan remaja tidak pernah sunyi, samaada kawan sekolah, universiti, kerja, kawan sekampung, kawan chatting, kawan facebook dan bermacam-macam lagi jenis kawan. Kawan menjadi insan yang paling hampir dalam kehidupan dan jiwa remaja. Gelak tawa, suka-duka, lebih mudah dikongsi bersama kawan-kawan.

Soal kawan bukan kuantiti yang perlu diutamakan, tetapi kualiti yang ada dalam diri seseorang itu perlu diambil kira. Kehadiran kawan memberi kegembiraan, tersilap langkah membawa kehancuran. Dalam sebuah hadis yang bermaksud:
"Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya @ hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda @ baju anda terbakar @ mendapat bau busuk." (hadis al-Bukhari).

Setiap remaja seharusnya bijak memilih kawan. Sikap selektif itu sebenarnya mampu mengelakkan diri mereka daripada mudah terjebak dengan anasir-anasir kurang baik. bukan bermakna tidak perlu berkawan. Sekiranya ada ajakan daripada teman-teman untuk melakukan perkara yang tidak elok, diri kita sendiri harus tegas mengatakan TIDAK.

Jika kita tidak mampu menasihati mereka, adaah lebih baik menjauhkan diri daripada rakan tadi supaya tidak terus terpengaruh. Namun, ada kalangan remaja yang sanggup mengikut rentak kawan-kawan, hanya kerana takut dipinggirkan dan kehilangan kawan yang disayangi. Sebelum tersilap langkah, sayangilah diri sendiri sebelum menyayangi orang lain.


Berikut antara sikap baik terhadap rakan-rakan yang perlu diterapkan dalam diri:

  1. Kawan ketika susah @ senang
  2. membawa kepada kebaikan
  3. Berani menegur kesilapan
  4. Tempat mengadu
  5. Membataskan pergaulan
  6. Bersikap jujur
  7. Menjaga hati rakan


No comments:

Post a Comment