Pages

Monday, February 14, 2011

MUTIARA KATA

"Janganlah kerana kita sukakan seseorang, kita nafikan keburuknnya dan janganlah kerana kita bencikan seseorang itu kita nafikan kebaikannya".

"Semulia-mulia manusia ialah orang yang suka membaiki kesalahan diri sendiri dan tunduk pada kebenaran".

"Apabila berputik rasa kesempurnaan pada diri sendiri, akan lahirlah kekurangan padanya, dan apabila merasakan diri serba kekurangan, itulah sebenarnya hakikat itu"
"Setiap kesalahan yang anda lakukan seharusnya diiringi dengan kekesalan dan kelalaian dengan kesedaran agar kamu tidak digolongkan kepada orang yang akan beroleh kerugian".

"jangan kamu terlalu memandang rendah dan hina pada seseorang, kerana ALLAH berkuasa mengubah hati kita dan janganlah menyangka diri kita sahaja yang lebih baik dan mulia daripada orang lain, kerana akan wujud sifat riak dan sombong sesama Islam".

"Ramai insan yang sedar bahawa setiap perbuatan yang mereka lakukan akan mendapat balasannya tetapi apalah gunanya kesedaran jika tidak disertai dengan amalan dan penghayatan".

"Kita seringkali mengeluarkan keluhan andainya apa yang dihajati tidak berhasil tetapi sedarlah seharusnya kita bersyukur dan ingatlah bahawa tidaklah semua insan itu berjaya mendapatkan apa yang mereka mahukan".

No comments:

Post a Comment