Pages

Sunday, February 20, 2011

BEBAS ROKOK (Tip singkir rokok)


Elak henti tabiat secara mengejut sebaliknya berperingkat @ terancang

  • Hayati faedah berhenti merokok
  • Buat peringatan bertulis mengingatkan sebab anda mahu berhenti merokok
  • Maklumkan ahli keluarga dan rakan-rakan yang anda akan berhenti merokok dan minta bantuan dan sokongan daripada mereka
  • Buang semua rokok, mancis, pemetik api, tempat abu yang mengingatkan anda mengenai rokok
  • Tuliskan senarai aktiviti yang anda boleh buat kalau anda ingin merokok seperti senaman, makan gula-gula dengar muzik, dan lain-lain


  • Gantikan masa yang biasanya untuk merokok, seperti lepas makan dengan aktiviti lain seperti senaman, membaca @ hobi lain
  • Wujudkan 'Zon Bebas Rokok'. Jangan mengizinkan orang lain merokok di dalam rumah, kereta @ tempat kerja anda
  • Kurangkan bercampur dengan perokok dan elakkan daripada melawat tempat yang selalu dikunjungi perokok
  • Fikir mengenai wang yang akan dijimatkan kalau tidak merokok
  • Daaftarkan sendiri di klinik berhanti merokok dan ambil bahagian dalam aktiviti yang diaturkan
  •  Jangan hilang semangat @ berputus asa kalau gagal berhenti merokok pada cubaan kali pertama. Tegaskan diri dan mencuba sekali lagi. Peluang untuk berjaya akan meningkat dengan setiap percubaan

EFFECT OF SMOKING

mouth cancer

bronchitis












pneumonia

No comments:

Post a Comment