Antara sembilan petua daripada Rasulullah untuk mencapai doa mustajab:
1. Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda:“Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak”.
2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda:“Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir seraya berfirman:“Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka Aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya”.
3. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda:“Tiga orang yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka”.
4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda:“Aku dilarang membaca al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhan-Nya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu”.
5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda:“Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat”. “Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah daripada godaan syaitan kerana binatang tersebut melihat syaitan”.
6. Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Rasulullah bersabda:“Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa, doanya akan dimakbulkan”. “Apabila beliau berwuduk (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah”.
7. Ata bin Abi Rabah berkata:“Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda”: “Sesiapa yang membaca surah Yasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.”
8. Hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda:“Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata”: “Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.”
9. Hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda:“Pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bila mana seorang Muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu.”
Kita
sebagai manusia terlalu banyak keperluan dan permintaan untuk kelansungan hidup
kita, hanya Allah S.W.T sahaja satu-satunya tempat untuk kita mengadu, maka
pergunakanlah saat ini sebaik-baiknya untuk berdoa, semoga segala hasrat baik
kita akan tercapai dan dimakbulkan Allah. Allah suka hamba yang selalu meminta
pada-Nya dan bila mana manusia lalai dalam mengingati-Nya, lalu Allah hadirkan
sedikit ujian kepada hamba-Nya, itu tandanya Allah masih sayangkan kita dan Dia
merindukan rintihan serta permintaan dari kita kepada-Nya..
Sekiranya segala permintaan kita masih juga belum termakbul, cuba muhasabah diri kemungkinan kita masih belum menyempurnakan syarat-syarat kemakbulan doa atau permohonan kita tidak benar-benar yakin terhadap Allah S.W.T..
Antara golongan yang sangat rugi ialah mereka yang berpuasa, dizalimi dan bermusafir tetapi tidak berdoa bersungguh-sungguh untuk mendapat keampunan Allah S.W.T serta kebebasan daripada api neraka..
Rasulullah bersabda berbeza-beza dalam setiap jawapan untuk persoalan di atas kerana ingin mengambarkan kepada kita tentang keperluan, tempat dan suasana ketika itu yang digalakkan jika kita hendak doa kita mencapai tahap doa yang mustajab, insyaAllah doa kita dimakbulkan Allah, amin Allahumma amin..
Sekiranya segala permintaan kita masih juga belum termakbul, cuba muhasabah diri kemungkinan kita masih belum menyempurnakan syarat-syarat kemakbulan doa atau permohonan kita tidak benar-benar yakin terhadap Allah S.W.T..
Antara golongan yang sangat rugi ialah mereka yang berpuasa, dizalimi dan bermusafir tetapi tidak berdoa bersungguh-sungguh untuk mendapat keampunan Allah S.W.T serta kebebasan daripada api neraka..
Rasulullah bersabda berbeza-beza dalam setiap jawapan untuk persoalan di atas kerana ingin mengambarkan kepada kita tentang keperluan, tempat dan suasana ketika itu yang digalakkan jika kita hendak doa kita mencapai tahap doa yang mustajab, insyaAllah doa kita dimakbulkan Allah, amin Allahumma amin..
5 SEBAB DOA DITOLAK
ADA lima perkara yang membuatkan DOA kita ditolak oleh Allah S.W.T iaitu:
1) Dosa kerana MENGINGKARI PEMIMPIN
- Pemimpin terbahagi kepada dua iaitu pemimpin atasan dan pemimpin bawahan. Perintah mereka wajib ditaati selagi tidak bercanggah dengan syariat.
ADA lima perkara yang membuatkan DOA kita ditolak oleh Allah S.W.T iaitu:
1) Dosa kerana MENGINGKARI PEMIMPIN
- Pemimpin terbahagi kepada dua iaitu pemimpin atasan dan pemimpin bawahan. Perintah mereka wajib ditaati selagi tidak bercanggah dengan syariat.
- Pemimpin yang dimaksudkan di sini ialah PEMIMPIN YANG ADIL kepada orang bawahan, SOLEH lagi BERJIWA TAUHID, bukan pemimpin yang fasik dan berbuat mungkar kepada Allah S.W.T. Jadi ukurlah diri masing-masing sejauh mana ketaatan kepada pemimpin.
2) Dosa kerana TIDAK TAAT GURU
- Guru orang yang bertanggungjawab mendidik dan mengasuh kita. Segala ajarannya perlu diikuti. Jangan sampai guru berasa muak dengan kita, supaya kita tidak ditimpa malapetaka seperti susah menerima ilmu, gelap hati, keras hati, malas beribadat, doa dan amalan tidak terangkat dan tidak dapat memperbaiki akhlak.
3) Dosa kerana DERHAKA kepada IBU DAN BAPA
- Ibu bapa telah banyak berkorban untuk membesarkan kita dan memberi didikan terbaik supaya kita menjadi insan yang berguna di dunia dan akhirat.
- Jika kita menderhaka atau menyakiti hati mereka sedangkan perintahnya bertepatan dengan syariat Islam, samalah seperti kita melanggar perintah Allah, Allah pasti murka pada kita. Awas, doa anak derhaka tidak di angkat oleh para malaikat ke hadrat Illahi. Oleh itu, tidak ada perubahan atau peningkatan pada diri kita kerana doa mereka ditolak. Maka, jadilah kita antara golongan yang rugi di dunia dan akhirat seperti orang yang kufur nikmat, yang tidak mensyukuri kurniaan ini kerana Allah masih beri kita kesempatan untuk bersama-sama dengan ibu dan bapa kita, kita patut bersyukur dan menghargai keduanya kerana bukan semua orang berpeluang bersama ibu dan bapanya dalam jangka waktu yang panjang.
4) Dosa kerana DERHAKA kepada SUAMI
- Isteri yang menderhakai suaminya tidak layak mencium bau syurga. Allah murka dan melaknat ISTERI YANG MEMBELAKANGI SUAMINYA.
Rasulullah bersabda, maksudnya:"Jika Allah membenarkan manusia sujud kepada manusia selain-Nya, aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya".
Besarnya kedudukan seorang suami di sisi Allah. Seorang isteri walaupun ibadatnya sehebat ibadat Siti Maryam (ibu Nabi Isa), tiada nilai sedikitpun di sisi Allah jika masih menderhakai suami.
5) Dosa kerana MENGANIAYA atau MENZALIMI ORANG
- Golongan yang suka menganiaya dan menzalimi orang termasuk juga orang yang gemar menabur fitnah, mengadu domba, buruk sangka sesama manusia, suka menyakiti hati orang lain, samaada dengan MELALUI LIDAH, PERBUATAN atau TINGKAH LAKU.
Jika kita melakukan satu daripada lima perkara ditegah di atas, maka doa dan amalan kita jauh dari rahmat Allah. Oleh itu, jika ingin doa kita dimakbulkan Allah, jauhkan diri kita daripada melakukan perkara yang boleh mengundang kemurkaan Allah.. waAllahualam bissawa..
No comments:
Post a Comment