Pages

Friday, December 16, 2011

Apakah hari-hari yang diharamkan berpuasa dan kenapa?

Jawapan

Hari-hari yang diharamkan berpuasa adalah:

1.        Hari Syak iaitu hari yang apabila ia ragu tarikh sebenar Ramadhan (30 Sya'ban). Ini berdasarkan hadith dari Ammar bin Yasir r.a yang bermaksud :
" Sesiapa berpuasa pada hari syak, sesungguhnya dia telah menderhaka Abu Al-Kasim (Muhammad) s.a.w."

2.        Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha iaitu 1 Syawal dan 10 Zulhijjah. Ini berdasarkan hadith dari Abu Hurairah r.a yang bermaksud :
" Bahawa Rasullullah s.a.w menegah berpuasa pada dua hari iaitu hari raya fitri dan hari raya adha "

3.        Hari-hari tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Ini berdasarkan hadith daripada Imam Muslim dalam sahihnya daripada Nabi s.a.w yang bermaksud :
" Hari-hari Mina merupakan hari-hari makan dan minum juga hari mengingati Allah s.w.t "

4.        Hari Haid dan Nifas.

5.        Ulama' Mazhab Syafii berpendapat adalah haram berpuasa pada separuh akhir bulan Sya'ban yang mana ada di antaranya hari Syak melainkan mereka yang biasa berpuasa sepanjang tahun atau bagi mereka yang berpuasa pada hari tertentu seperti hari Isnin dan Khamis yang puasanya berkebetulan dengan hari selepas 15 Sya'ban atau puasa nazar yang tertanggung ke atasnya atau puasa qada' atau fardhu ataupun puasa yang bersambung dengan puasa selepas Sya'ban dan puasa sebelumnya walaupun satu hari sebelum 15 hari Sya'ban kerana berdasarkan hadith yang bermaksud :

" Apabila telah tiba pertengahan bulan Sya'ban, janganlah kamu berpuasa " (Riwayat Ahmad)

Mazhab Hanbali dan mazhab-mazhab lain tidak berpegang kepada hadith ini kerana ia da'if menurut pendapat Imam Ahmad.

Sumber : Fiqh Islami wa Adilatuh - Dr. Wahbah Zuhaili

6.        Puasa bagi orang yang bimbangkan dirinya binasa kerana puasa tersebut.


Bolehkah ustaz senaraikan hari-hari yang digalakkan berpuasa sunat dalam Islam?

Jawapan

Diantara hari-hari yang disunatkan untuk berpuasa dalam Islam adalah seperti berikut:

1.        Puasa enam iaitu puasa yang dijalankan selama enam hari dalam bulan Syawal. Puasa ini dilakukan sehari selepas 1 Syawal sama ada secara berturut-turut atau tidak.

2.        Puasa awal bulan Zulhijjah dari 1 haribulan hingga 8 haribulan Zulhijjah.

3.        Puasa pada hari Arafah iaitu pada 9 haribulan Zulhijjah.

4.        Puasa pada 9 haribulan Muharram.

5.        Puasa pada Hari Asyura iaitu pada 10 haribulan Muharram.

6.        Puasa dalam bulan Rejab mengikut kemampuan berpuasa.

7.        Puasa dalam bulan Sya'ban kecuali pada hari syak iaitu 30 haribulan Sya'ban.

8.        Puasa pada tiap-tiap hari isnin dan khamis.

9.        Puasa tiga hari pada tiap-tiap hari bulan Qamariah.

No comments:

Post a Comment