1. Barli - baik untuk demam, ketika dihidangkan dalam bentuk sup. ia mrupakan penyejuk badan
2. Kurma - Rasulullah S.A.W.
bersabda, "Barangsiapa di dalam rumahnya tiada tamar(kurma), rumahnya
seperti tiada makanan", ia juga baik dimakan ketika mengandung.
3. Buah
Tin
- ia merupakan buah daripada syurga dan penawar bagi penyakit buasir.
4. Anggur - Rasulullah S.A.W.
sangat gemar akan anggur. Ia membersihkan darah, membekalkan tenaga dan
kesihatan, menguatkan buah pinggang, dan mencuci usus.
5. Madu - dianggap penawar
terbaik bagi cirit-birit apabila dicampur dengan air panas. Ia digunakan untuk
membangkitkan selera, menguatkan perut, menghapuskan kahak; sebagai pengawet
daging, perapi rambut, penenang mata, dan pencuci mulut. Ia sangat berkhasiat
digunakan pada waktu pagi bersama air suam.
6. Semua
Jenis Tembikai - Rasulullah S.A.W. bersabda, "Tiada seorangpun
wanita yang mengandung dan memakan tembikai akan gagal menghasilkan zuriat yang
baik wajahnya dan baik juga kelakuannya".
7. Susu - Rasulullah S.A.W.
bersabda bahawa susu menghilangkan haba daripada hati sama seperti jari
menghilangkan peluh di kening. Ia menguatkan tulang belakang, mencerdaskan
otak, memperbaiki penglihatan, dan menjauhkan daripada nyanyuk.
8. Cendawan - Rasulullah S.A.W.
bersabda bahawa cendawan ialah ubat yang baik untuk mata; ia juga bertindak
sebagai kawalan kelahiran dan menahan daripada lumpuh.
9. Minyak
Zaitun
- rawatan yang hebat bagi kulit dan rambut, melambatkan penuaan, dan merawat
radang perut.
10. Delima - Rasulullah S.A.W.
bersabda bahawa ia membersihkan kamu daripada gangguan jahat syaitan selama 40
hari.
11. Cuka - makanan yang
Rasulullah S.A.W. suka makan bersama minyak zaitun (ianya kini menjadi menu di
restoran elit di Itali)
12. Air - Rasulullah S.A.W.
bersabda, "Minuman terbaik di dunia ialah air, apabila kamu rasa dahaga
minum ia dengan menghirup dan bukan dengan melanggah, melanggah menyebabkan
kesakitan pada paru-paru".
"Hati yang bersih dapat
melahirkan pemikiran yang waras. Maka, ‘suapkanlah’ ia dengan makanan dari
sumber yang halal dan berkhasiat."
Sesungguhnya Allah baik
dan tidak mengabulkan (menerima) kecuali yang baik-baik. Allah menyuruh orang
mukmin sebagaimana Dia menyuruh kepada para rasul, seperti firmanNya dalam
surat Al Mukminun ayat 52: “Hai rasul-rasul, makanlah dari makanan-makanan yang
baik-baik dan kerjakanlah amal yang shaleh.” Allah juga berfirman dalam surat
Al Baqarah 172: “Hai orang-orang yang beriman makanlah di antara rezeki yang
baik-baik.” Kemudian Rasulullah menyebut seorang yang melakukan perjalanan
jauh, rambutnya kusut dan wajahnya kotor penuh debu menadahkan tangannya ke
langit seraya berseru: “Ya Robbku, Ya Robbku”, sedangkan makanannya haram,
minumannya haram, pakaiannya haram dan dia diberi makan dari yang haram pula.
Jika begitu bagaimana Allah akan mengabulkan doanya? (HR. Muslim)
No comments:
Post a Comment