Dengan nama ALLAH SWT Yang Maha Mulia, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah segala puji hanya milik ALLAH, Rabb semesta alam yang telah melimpahkan rahmat, rezeki serta hidayah kepada hamba-hamba-Nya agar kita sentiasa beribadah kepada-Nya. Selawat dan salam kepada junjungan besar, Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabat tercinta.
mari ikuti kisah dibawah:
Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW, "Apakah sedekah yang lebih utama?" Baginda menjawab, "Air". Sebuah perigi di Madinah kepunyaan seorang Yahudi menjadi tumpuan Muslimin Madinah untuk mendapatkan Air. Yahudi itu mengutip bayaran setiap kali mereka mengambil air di situ.
"Apakah orang-orang kafir itu tidak mengetahui langit dan bumi itu keduanya dulu adalah suatu yang padu kemudian kami pisahkan antara keduanya. Daripada air kami jadikan segala sesuatu yang hidup".
(Surah Al-Anbiya:30)
Melihatkan keadaan itu, Saidina Uthman membelinya dan mewakafkan perigi itu untuk kegunaan kaum Muslimin. Mereka bebas menggunakannya tanpa membayar apa-apa. Rasulullah SAW memuji tindakan Saidina Uthman.
Di dalam Quran telah dinyatakan betapa penting nikmat air. Dalam surah an-Nur ayat 45 Allah berfirman yang bermaksud:
"Allah mencipta kesemua jenis haiwan daripada air".
Ini diakui oleh pakar-pakar biologi dari barat (rujuk www.bbc.co.uk/science). Malahan seorang doktor dari Jepun, Dr Mesaru Emoto telah membuat kajian mengenai keajaiban air ciptaan Allah. Beliau telah menulis sebuah buku mengenai kajian beliau iaitu "Messages from Water" (rujuk http://www.hado.net/index.php)
KESIMPULANNYA:
Jika orang bukan Islam mengkagumi air ciptaan Allah, jadi mengapa tidak kita? Tepuk dada tanyalah iman.
Sumber: I Luv Islam, 4-10 Jun 2010 (http:// yaayyuhalwalad.blogspot.com)
No comments:
Post a Comment