Pages

Friday, January 14, 2011

Cantiknya ciptaan ALLAH... Subhanallah..Maha Suci Allah...Sebagai manusia biasa kita seringkali terlupa. Allah memberi kita pelbagai nikmat yang tidak terhingga seperti nikmat sihat sblm sakit, muda sblm tua, kaya sblm miskin, lapang sblm sempit dan hidup sblm mati. Ungkapan ini selalu didengar dalam nasyid nyanyian kumpulan Raihan.
Sebagai manusia yang sempurna ciptaan Allah, kita diberi akal fikiran yang waras untuk berfikir. Namun, adakah sebilangan kita menggunakannya dgn sebaiknya ke jln yg benar @ ke jln yg salah? Mengapa manusia seringkali menggunakan nafsu, dan meninggalkan akal dlm tindakan yg diambil? Jawapannya ada pd diri kita sendiri.
Hari berganti hari, tahun berganti tahun dan usia kian meningkat. Ini membuatkan manusia semakin matang dan berfikir akan sebab dan akibat perbuatan mereka sendiri. Menyesal yang tak sudah pada kisah silam yang lalu, dan pada ketika ini kita mula untuk memperbaiki diri sendiri. Adakah sudah lewat bagi kita utk merubah diri? Jawapannya "tidak". Allah sentiasa memberi ruang dan peluang kepada hambanya. Kita harus bersyukur sekiranya kita masih ada ruang dan peluang untuk memperbaiki kelemahan diri sendiri. Allah itu Maha Pengasih dan Maha Pengampun.
Oppss.... kita seringkali terlupa utk saling memaafkan diantara satu sama lain. Kita selalunya bermaaf-maafan pd hari2 perayaan shj. Padahal, kita bleh bermaaf-maafan pd bila2 masa dan waktu. Ini kerana, hubungan kita bukan shj dgn ALLAH, malah kita juga ada hubungan dgn manusia lain, alam dan lain2.
Tanpa kita sedar kita ada membuat kesilapan seperti mengabaikan alam sekitar. Adalah tanggungjawab kita sbg manusia utk saling ingat-mengingati, tolong menolong dan bekerjasa menjaga alam sekitar. Manusia melakukan pencemaran tanpa memikikan akan kesan buruk generasi akan dtg. Walaupun, kesannya kecil, sekiranya langkah pencegahan awal tidak dilakukan utk mengatasi masalah ini, kita akan menghadapi masalah yang lebih besar pada masa akan dtg.
Contoh lain yang dpt dilihat adalah pemanasan global akibat aktiviti pembakaran terbuka yang berleluasa di musim panas, pembinaan bangunan pencakar langit yang tinggi menggunakan dinding2 kaca. Akibatnya, ketulan2 ais di kutub utara mula mencair serta kaw tebing2 darat mula terhakis menjadikan kaw darat semakin kecil dan peningkatan kuantiti air. Oleh itu, kita sebagai manusia yang diberi akal fikiran yang waras hendaklah bertanggungjawab atas apa yg kita buat. Ini kerana hidup kita hanyaah pinjaman dr Allah, buat sementara waktu, seperti rama-rama.

Dr ulat jd kepompom,
Ia hidup dlm kepompom,
Bila masa kepompom pecah,
Jd rama-rama yg indah,
Rama-rama terbang merata,
Sungguh cantik aneka warna,
Tapi sayang hidup tak lama.

No comments:

Post a Comment