Al-Sheikh Abdul Qadir Al-Jelani Al-Hasani, Quddisasirruhu menyatakan kelebihan berselawat ke atas nabi di dalam kitabnya Al-Safinah al-Qadiriyah. Beliau meriwayatkan drpd Ibnu Farhun berkata ” Berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. itu mempunyai empat puluh dua kelebihan. hali ini tertulis dalam kitabnya Hadaiq Al-Anwar”
- melaksanakaan
perintah Allah s.w.t
- bersamaan
dengan selawat Allah s.w.t. kps Rasulullah S.a.w.
- mendpt
ganjaran 10x selawat drpd Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan (
selawat drpd Allah s.w.t. bereti rahmat
- bersemaan
dngn selawat para malaikat
- dikurniakan
oleh Allah s.w.t. 10x dari drjat atas setiap satu-satu selawat
- dituliskan
oleh malaikat 10x kebaikan atas setiap selawat
- dihapuskan
oleh Allah s.w.t. 10x kejahatan atas setiap selawat
- segala doa
akan diperkenankan oleh Allah s.w.t.
- mendapat
syafaat dprd Rasulullah s.a.w.
- mendapat
keampunan Allah s.w.t. dan akan ditutup segala keaiban
- Allah
s.w.t. akan menutupi segala dukacita
- dikurniakan
maqam hampir kepada Rasulullah s.a.w.
- mendapat
darjat al-sidq
- ditunaikan
segala hajat
- selamat
sejahtera pada hari kiamat
- Allah
s.w.t dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat
- mendapat
khabar gembira daripada Allah s.w.t. dengan balasan syurga
- selamat
sejahtera pada huru-hara hari kiamat
- Rasulullah
s.a.w. akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan
- mudah
mengingat semula perkara-perkara yang lupa
- mendapat
kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu
- tidak akan
merasai fakir
- terpelihara
dari dihinggapi sifat bakhil
- mendapat
kesejahteraaan drpd doa Rasulullah s.a.w
- selawat
akan menjemput setiap pengucapnya ke jalan syurga
- menjauhkan
seseorg itu drpd terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya
nama Allah dan rasulNya atau drpd majlis-majlis lagha
- berselawat
menyempurnakan kalam pujian Allah s.w.t. apabila disebut
“alhamdulillahirabbil’alamin” di dalam doa, maka akan disambut selepas itu
dengan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w
- selamat
melintasi titisan sirat al-mustaqim pada hari kiamat
- terpelihara
drpd sifat kasar dan gelojoh
- disambut
oleh Allah s.w.t. pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak
- mendapat
keberkatan Alalh
- mendapat
kesempurnaan iman
- kasih dan
cinta kepada Rasulullah s.a.w.
- mendapat
hidayah daripada Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati
Allah s.w.t.
- setiap
selawat yang dibaca akan dibentagkan di hadapan Rasulullah s.a.w. secara
langsung
- teguh
pendirian dengan kebenaran
- berselawat
bererti kita menunaikan sebahagian daripada hak-hak Rasulullah s.a.w. kea
tas diri kita. di samping itu ia dianggap mensyukuri nikmat Allah s.w.t.
yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah s.a.w. kepada kita.
- berselawat
juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengiktiraf segala nikmat yang
dikurnikan oleh Allah s.w.t.
- mendapat
balasan rahmat yang luas daripada Allah s.w.t.
- berselawat
bereti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah s.w.t. ke
atas Rasulullah s.a.w. dan kepada diri sendiri
- antara
kelebihan ynag paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma
gambaran Rasulullah s.a.w. dalam jiwanya
- dikurniakan
oleh Allah s.w.t. maqam seorang Syeikh dan Murabbi.
No comments:
Post a Comment