Pages

Saturday, July 28, 2012

Dosa dengan ALLAH dan manusia

DOSA DENGAN ALLAH

1.   Menyekutukan Allah s.w.t.
Menyekutukan ALLAH dengan mana-mana makhluk (syirik). Mereka berharap dengan manusia dan wang. Mereka lupa kepada Allah yang memberi rezeki.


2.   Meninggalkan solat fardu
Terdapat segelintir manusia yang tidak mengenal sejadah mahupun masjid. Leka dengan kerja demi mencari pendapatan untuk menyara kehidupan sendiri, solat ditinggalkan sedikit demi sedikit sehingga akhirnya terlupa semua bacaannya.

3.   Tidak membayar zakat
Ahli perniagaan yang mengaut keuntungan berganda-ganda tidak pernah terfikir untuk mengeluarkan zakat mahupun menderma kepada orang miskin. Bagi mereka, cukuplah zakat fitrah yang dikeluarkan setiap tahun sebelum Syawal.

4.   Zina
Ia bukan sahaja berlaku dalam kalangan, remaja malah orang tua juga. Perbuatan ini sudah pastinya daripada cabang dosa besar.


5.   Homoseksual
Homoseksual yang berlaku dalam masyarakat kita tanpa kawalan. Mereka tahu perbuatan ini songsang dan salah, tetapi tetap melakukannya.

DOSA DENGAN MANUSIA

1.   Menggunakan sihir
Menyihir seseorang untuk menjatuhkan orang lain. Kini, masih terdapat umat Islam yang mengamalkan sihir terutama peniaga atau pasangan suami isteri.


2.   Menderhakai ibu bapa
Sejak remaja lagi sudah tagu melawan ibu bapa, apatah lagi apabila hendak berkahwin terlupa untuk mengambil pandangan ibu bapa. Hakikatnya merekaa mereka menderhakai ibu bapa tanpa sedar.

3.   Memutuskan silaturahim
Antara adik beradik sudah ada yang tidak bertegur sapa hanya mungkin kerana sedikit salah faham.

4.   Tidak menunaikan hak
Suami, isteri dan anak. Suami atau ayah menyalahgunakan harta yang ada untuk perkara yang haram. Begitu juga kepada isteri dan ibu yang tidak menunaikan tanggungjawab untuk keluarganya.

5.   Mengabaikan jiran
Membiarkan jiran kelaparan sedangkan dirinya kekenyangan. Inilah perkara lazim dalam kehidupan masyarkat kita.